|
home | latar belakang | struktur organisasi | keahlian |
a. DPMM Pusat telahpun memberikan persetujuan dalam
mesyuarat-mesyuarat yang lalu bahawa DPMM boleh diwujudkan di Negeri Sabah.
Bagaimanapun rancangan tersebut telah tergendala beberapa tahun atas
sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
b. Jawatankuasa Penaja DPMM Negeri perlu dibentuk segera supaya dapat membuat
tindakan susulan yang sewajarnya mengenai penubuhan Cawangan Sabah. Keputusan
telah dibuat bahawa Jawatankuasa Penaja adalah seperti berikut; Pengerusi Mohd
Afendi Hj. Hamdan, Naib Pengerusi Mohd Lan Allani, Setiausaha Rimin Maidin,
Bendahari Faisyal Y.H Diego dan Ajk Junaidi Sahat.
Pada 2hb September 1997, satu perjumpaan telah berlansung di mana Jawatankuasa Penaja yang hadir ialah Md. Afendi Hj. Hamdan, Mohd. Lan Allani, Rimin Maidin, Faisyal Y. H Diego dan Junaidi Sahat. Manakala bagi pihak DPMM Pusat ialah terdiri daripada Dato' Dr. Adam Harun (Tim. Presiden), Mustapha Mohamed Najimuddin (Pengarah Eksekutif) dan Wan Aminuddin Wan Daud. Beberapa perkara yang telah dibincangkan seperti berikut:
Jawatakuasa Penaja telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan
Cawangan DPMM Sabah dan telah meminta kepastian samada DPMM Pusat ada
memberikan persetujuan pengujudan DPMM Sabah beberapa tahun yang lalu. Perkara
ini telah mendapat tindakbalas yang positif serta persetujuan daripada Dato'
Dr. Adam Harun bagi pihak DPMM Pusat dan menegaskan bahawa kelulusan daripada
pendaftaran Pertubuhan telahpun diperolehi berhubung DPMM Sabah beberapa tahun
yang Ialu.
Jawatankuasa Penaja menegaskan bahawa hasrat untuk
menubuhkan Cawangan DPMM Sabah adalah semata-mata untuk menyatukan dan membela
Usahawan Melayu di Negeri Sabah dan tidak berniat langsung untuk bersaing
dengan mana-mana organisasi pemiagaan / dewan perniagaan yang telah sedia ada,
tetapi untuk saling bekerjasama serta melengkapi antara satu sama lain demi
mengangkat martabat usahawan Melayu di Negeri Sabah.
Dato' Dr. Adam Harun dan pihak Pentadbiran DPMM Pusat yang
turut hadir meminta kepada Jawatankuasa Penaja supaya dapat untuk mengambil
tindakan yang sewajarnya mengenai perkara-perkara berikut:
- Senarai penuh Jawatankuasa Penaja berserta Biodata lengkap dikemukakan
kepada DPMM Pusat. .Mendapatkan keahlian sekurang-kurangnya sebanyak 100 ahli,
untuk membolehkan Pelancaran dan Mesyuarat Agung Penubuhan DPMM Sabah diadakan.
- Mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas inisiatif yang diambil oleh
rakan di Sabah untuk menubuhkan DPMM Negeri Sabah.
- Sudah tiba masanya DPMM digerakkan untuk kita membentuk satu masyarakat
Perindusrtian / Perniagaan yang berdaya maju sesuai dengan hasrat kerajaan
untuk mewujudkan usahawan kelas menengah Melayu.
- Penubuhan Cawangan DPMM Sabah bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana dewan
pemiagaan Melayu yang lain tetapi melengkapkan perjuangan Melayu dan malah
menguntungkan kerana suara para peniaga dapat diperdengarkan di peringkat
pusat
- DPMM Sabah juga adalah merupakan satu usaha di samping organisasi / dewan
perniagaan yang lain untuk turut sama menyumbang ke arah memperteguhkan
ekonomi Negeri Sabah.
- Merasa gembira kerana Jawatankuasa Penaja DPMM di Sabah adalah sebahagian
besar daripada golongan professional dan diharapkan akan menjadi sebagai DPMM
Mithali (Contoh).
- DPMM Pusat akan sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada
DPMM Negeri supaya dapat bergerak dengan lebih aktif dan demi depan Usahawan
Melayu di Sabah.