KERTAS KERJA PENUBUHAN

YAYASAN IBNU KHALDUN

SANDAKAN, SABAH

 

 

APRIL 2001

 

muqaddimah

Pengenalan Ibnu Khaldun

Jawatankuasa Pertubuhan

Objektif Penubuhan

Sasaran Masyarakat

Program Tahunan

Sumber Kewangan

Jangkaan Perbelanjaan Tahunan

Perancangan Jangka Panjang

kesimpulan

Buku-buku karya Ibnu Khaldun dan berkaitan dengannya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muqaddimah <

 

          Sejak berakhirnya zaman jahiliah, seluruh umat manusia mengakui bahawa ilmu adalah aset terpenting sebagai seorang insan malah ilmu dengan sendirinya akan menggariskan sempadan diantara seseorang insan dengan insan yang lain samada dari segi perwatakan, penampilan, peradaban malah dari segi akhlak seseorang insan tersebut.

 

          Justeru itu ilmu adalah perkara yang wajib dituntut oleh setiap insan dari serendah mengenal huruf sehingalah berkebolehan melahirkan ciptaan yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh umat manusia di muka bumi ini sebagai persediaan membawa bekalan ke akhirat. Tambahan pula dengan kehadiran teknologi canggih yang membolehkan maklumat dan ilmu boleh diperolehi dengan sangat mudah. Tetapi yang menyedihkan ledakan maklumat setiap hari ini sukar dimanfaatkan oleh ramai anak-anak kampung khususnya dari kalangan masyarakat melayu. Ini adalah disebabkan  pelbagai faktor persekitarannya khususnya faktor ekonomi yang memperlihatkan tidak sampaipun 30% dikalangan masyarakat melayu yang mampu menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak-anak mereka. Ini sudah tentu tidak selari dengan peratus kemiskinan di Malaysia yang agak rendah jika dibandingkan dengan negara lain diseluruh dunia tetapi masih ramai masyarakat melayu yang miskin jika diukur dari segi kemampuan menyediakan kemudahan asas pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka yang besesuai dengan keperluan dunia masa kini.

 

Pembiayaan Pendidikan Tinggi

 

          Pembiayaan pendidikan tinggi di Malaysia tidaklah merupakan sesuatu yang menjadi penghalang utama kepada menyediakan keperluan pendidikan tinggi kepada anak-anak pada masa kini. Ini disebabkan langkah pihak kerajaan yang sangat peka kepada keperluan tersebut dan masih bersedia membiayai pendidikan pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar melayu di IPTA dan IPTS samada berbentuk biasiswa atau pinjaman. Ini termasuklah seperti PTPTN, JPA, Yayasan Sabah, Kerajaan Negeri dan MARA. Walau bagaimanpun tidak semua pelajar-pelajar yang memohon biasiswa atau pinjaman dari badan-badan seperti di atas akan terus mendapat kelulusan sebelum berangkat ke IPTA/IPTS. Malah keutamaan hanya akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang memiliki keputusan yang cemerlang sahaja.

 

Cadangan Pembiayaan Pendidikan oleh Yayasan

 

Justeru itu pembiayaan pendidikan yang dicadangkan oleh yayasan akan menumpukan kepada pembiayaan pendidikan rendah dan menengah dengan harapan dapat memperkukuhkan asas pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi disamping melahirkan pelajar-pelajar tajaan yayasan untuk memperolehi keputusan cemerlang dan mudah untuk mendapat pembiayaan di peringkat pendidikan tinggi kelak. Tambahan pula pembiayaan pendidikan sebegini masig belum popular dikalangan mana-mana badan atau persatuan dengan profesional.

 

Kelemahan Pendidikan Masyarakat Melayu

Dan tiada pemantauan khusus

 

Dari segi kemampuan menyediakan komputer kepada anak-anak sebagai alat utama dalam pendidikan masa kini masih rendah di seluruh Malaysia iaitu kurang dari 20% manakala bagi masyarakat melayu masih belum mencecah 5% lagi. Dari segi peratusan kelulusan sekolah-sekolah yang mejoritinya adalah pelajar-pelajar melayu khususnya di Sandakan memanglah masih menyedihkan dengan purata kelulusan di bawah 30% dan kecemelangan pelajar-pelajar melayu masih dibawah 5%. Malah kesemua cabaran ini diletakkan di bahu kerajaan semata-mata tanpa mengambil kira penglibatan ibupada sebagai ejen terpenting dalam mencapai kecemelangan dalam pendidikan anak-anak mereka.

 

Menyedari hakikat inilah maka para intelek dan profesional melayu di Sandakan berusaha untuk melahirkan satu badan atau pertubuhan yang akan memantau keupayaan pelajar-pelajar melayu untuk mencapai kecemelangan dalam akedemik disamping melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang dinamik dan mempunyai daya tahan yang tinggi dengan asas agama yang kukuh.

 

Hasil dari percambahan fikiran beberapa bulan maka semua jawatankuasa penaja sebulat suara untuk mewujudkan sebuah pertubuhan yang bercorak yayasan untuk menyahut cabaran ini untuk dijadikan sebagai wadah alternatif yang boleh membantu mengurangkan bebanan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dikalangana masyarakat melayu khususnya peri pentingnya menuntut ilmu demi kesejahteraan masyarakat melayu dalam usaha menuju wawasan 2020 negara. Disamping itu yayasan akan terus meletakkan sasaran bahawa kecemelangan adalah keutamaan dalam pendidikan masa kini. Aspek kualiti dan kecemerlangan sepatutnya tidak mendapat kompromi lagi.

 

Aspek Motivasi

 

Salah satu aspek penting yang sering menggambarkan kelemahan pendidikan pelajar-pelajar melayu adalah kerana rendahnya motivasi dikalangan ibubapa dari segi pendidikan anak-anak dan tiada tempat untuk membincangkan usaha meningkatkan motivasi anak-anak. Justeru itu usaha untuk meningkatkan kesedaran asas pendidikan adalah antara objektif utama penubuhan yayasan dengan keyakinan barisan pimpinan yayasan bahawa dengan meningkatkan motivasi tersebut akan menjana keingian ibubapa, keluarga dan pelajar-pelajar itu sendiri untuk berusaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan pelajar, keluarga dan generasi akan datang.

 

Aspek Aqidah

 

Selain daripada itu barisan pimpinan yayasan juga sedar bahawa ilmu yang dituntut mestilah selari dengan usaha meningkatkan kefahaman dalam islam dan hari akhirat. Justeru itu program yang akan dirancangkan kelak mestilah terus menekankan usaha memperkukuhkan aqidah islamiah di kalangan msyarakat melayu khususnya dikalangan ahli dan keluarganya.,

 

Ketelusan Pentadbiran

 

Untuk menjayakan objektif yang telah digariskan maka barisan pimpinan yayasan mestilah menunjukkan profesionalisma yang tinggi dalam mengurus yayaysan tersebut dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah. Ini akan membolehkan keyakinan penyumbang untuk terus menyumbang dan menaja program yayasan tidak akan luntur dan tersadai tanpa haluan. Malah yayasan tidak akan berdaya maju tanpa sokongan ahli-ahli korporat yang berterusan kerana sokongan dan sumbangan mereka adalah antara penyumbang terbesar kepada penubuhan yayasan ini sebelum yayasan berjaya mengurus perniagaan sendiri. Malah beberapa syarikat  dan individu tertentu telah melahirkan kesediaan dan kesungguhan untuk menyokong setiap tahun program-program yayasan yang murni ini. Disamping itu yayasan juga akan berusaha untuk menambahkan tabung yayasan dengan melibatkan diri dalam perniagaan yang berdaya maju dari semasa ke semasa.

 

Malah yayasan sangat optimis untuk memperolehi sekurang-kurangnya Ringgti Malaysia dua puloh lima ribu setahun untuk menjayakan program-program tahunan yang akan dirancangkan. Ini adalah hasil daripada sumabangan ahli korporat dan individu yang telah kommited dengan penubuhan yayasan ini.

 

 

Pengenalan Ibnu Khaldun <

 

          Usaha untuk meningkatkan motivasi menuntut ilmu akan lebih mudah dan menyeronoknya apabila digerakkan dengan mengenali dan meniru sesorang tokoh yang akan menjadi role model.

 

          Memanglah tidak boleh dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w adalah idola kepada seluruh umat islam tetapi penubuhan yayasan sedemikian sudah tentu tidak akan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa malah boleh membangkitkan kemarahan dikalangan masyarakat islam sendiri. Justeru itu semua ahli sebulat suara bersetuju dengan cadangan menggunakan nama seorang tokoh ilmuan islam untuk disesuaikan dengan nama penubuhan yayasan ini. Tokoh yang dimaksudkan adalah seorang tokoh pemikiran islam berbangsa arab yang lahir di Tunis pada tahun 1332 yang bernama Abd-ar-Rahman ibnu Muhammad ibnu Khaldun al-Hadrami. Walau bagaimanapun penggunaan nama ini tidak bermakna kesemua pemikiran ibnu khaldun atau falsafah islam yang dihasilkannya akan diguna pakai kecuali ianya tidak bertentangan dengan garis panduan kerajaan atau ianya telah terbukti bersesuai dengan budaya masyarakat melayu. Ini adalah disebabkan masyarakat melayu sangat sensitif dengan perubahan budaya baru walaupun berbentuk islam kerana telah terbukti banyak kes yang menggunakan nama islam untuk menyesatkan aqidah masyarakat islam di Malaysia khususnya bangsa melayu. Oleh yang demikian penggunaan nama ini hanya untuk menghidupkan semangat perjuangan untuk meneruskan penubuhan Yayasan Ibnu Khaldun ini yang mengutamakan pengisiannya kepada masyarakat melayu berpendapatan rendah.

 

          Abd-ar-Rahman ibnu Muhammad ibnu Khaldun al-Hadrami atau digelar sebagai ibnu khaldun dilahirkan di Tunis pada tahun 1332 dan meninggal dunia pada 1406 pada usia 74 tahun di Khairo. Beliau adalah seorang ahli sejarah dan sosiologi bangsa arab yang terkenal dikalangan bangsa Eropah. Beliau merupakan seorang tokoh yang paling besar dalam ilmu-ilmu masyarakat diantara zaman Aristotle dan Machevelli. Ibnu Khaldun bukan sahaja terkenal sebagai ahli sejarah malah beliau juga terkenal sebagai seorang ahli politik, sosiologi dan ahli ekonomi dan seorang yang mendalami persoalan-persoalan manusia. Beliau merupakan ahli filsafat sejarah yang pertama dan kemudian memberi laluan kepada machevelli, Bodin, Comte dan Curnot. Beliau juga terkenal kerana berani menghasilkan pemikiran-pemikiran baru yang sekarang ini dinamanakan cara-cara penyelidikan sejarah.

 

          Salah satu karya agung beliau adalah Muqaddimah yang menulis tentang pandangan beliau dalam pelbagai bidang seperti sejarah, ilmu bumi, ekonomi, sosiologi, politik, pendidikan, metafizika dan sebagainya. Buku tersebut melahirkan latar belakang pemikirannya tentang teori-teori politik, ekonomi dan sosiologi. Disamping itu buku tersebut memberikan gambaran yang tepat dan terang berkenaan dengan tingkat ilmu pengetahuan yang ada dalam dunia islam pada abad pertengahan. Pandangan beliau yang positif jelas dalam apa-apa persoalan yang ditimbulkan menyebabkan beliau diterima oleh pemikiran moden yang dididik atas kaedah ilmiah.

 

          Semasa hayatnya beliau berpengalaman memegang beberapa jawatan penting yang bermula pada usia beliau 20 tahun beliau menjadi seorang setiausaha kepada sultan Fez di Moroko. Malah keluarganya adalah termasuk diantara keluarga yang memerintah di Sevilla, sepanyol pada abad ke 13 ketika sevilla menjadi sebuah republik bangsawan. Tetapi disebabkan perebutan kuasa dengan puak kristian maka keluarga ibnu khaldun berhijrah ke Afrika pada tahun 1248 iaitu 84 tahun sebelum kelahiran ibnu Khaldun.

 

          Pada tahun 1362, ketika ibnu Khaldun berusia 30 tahun beliau pergi ke Sepanyol dan bekerja dengan raja Granada dan beliau dapat menyaksikan sendiri peninggalan kekuasaan nenek moyangnya. Dengan kecepakan yang beliau miliki telah menarik perhatian Raja Kristian dan ibnu Khaldun telah ditawarkan oleh raja Kristian untuk bekerja dengan kerajaannya dan berjanji akan mengembalikan tanah-tanah kepunyaan nenek moyangnya. Walau bagaimanapun Ibnu Khaldun telah menolak tawaran tersebut, sebaliknya beliau menerima pemberian tanah dari Sultan Granada yang kemudiannya beliau mengajak keluarganya dari Afrika untuk menetap di Sevilla.

 

          Walau bagaimanapun tidak beberapa kemudian beliau kembali ke Afrika setelah memikirkan untuk mengelakkan daripada irihati Perdana Menterinya ketika itu. Tetapi tuah beliau tidak terlepas kerana di Afrika beliau diangkat menjadi Perdana Menteri oleh Sultan Bougi di Aldjazair dan berusaha mengembalikan keamanan yang dicetuskan oleh kaum Barbar.

 

          Pada tahun 1375 beliau meninggalkan semua jawatan resmi dalam kerajaan dan menetap dengan keluarganya di Istana Qaliat Ibnu Salama dekat Oran. Dalam masa empat tahun tersebut beliau telah menyiapkan buku bertajuk Muqaddimah dan beberapa buku yang lainnya.

 

          Keinginan untuk kembali aktif dalam pentadbiran kerajaan merangsang dan mendorong beliau kembali ke Tunis dan kemudiannya berhijrah ke Khairo. Dengan ilmu yang beliau miliki yang disenangi oleh ramai orang maka beliau menerima perlantikan sebagai guru besar yang kemudiannya  beliau dilantik sebagai Ketua Mahkamah Agung oleh Sultan Mamluk dari Mesir. Dengan tindakannya yang agresif menjalankan tugas tanpa rasa takut untuk membenteras penyelewengan dan rasuah maka telah menimbulkan irihati dikalangan pemimpin lainnya dan berusaha menghapuskannya tetapi tidak berjaya sehinggalah terjadi suatu kemalangan yang menenggelamkan kapal yang dinaiki oleh keluarganya ketika pelayaran dari Tunis ke Mesir yang menyayat hatinya dan akhirnya beliau merasa amat puas hati apabila diminta meletakkan jawatan oleh Sultan.

 

          Akhirnya pada tahun 1400 beliau ditahan di Damaskus semasa pemberontakan tentera Timur Lenk. Tetapi kemudiannya kota Damaskus dihancurkan oleh Tatar dan beliau terselamat dan kembali ke Mesir. Di sana beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Mahkamah Agung semula sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1406 dan dimakamkan di Khairo di makam para ahli sufi.

 

 

 

Jawatankuasa Pertubuhan Yayasan Ibnu Khaldun <

 

Jawatankuasa ini terdiri daripada senarai berikut :

 

1.    Jawatankuasa induk

2.    Jawatankuasa kerja

3.    Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah

 

 

 

 

 

 

Carta organisasi Jawatankuasa Induk

 

Text Box: Yang Dipertua
Text Box: Naib Yang Dipertua
Text Box: Setiausaha Kehormat
Text Box: Bendahari Kehormat
Text Box: 7 Ahli Jawatankuasa Kerja

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Jawatankuasa induk adalah jawatankuasa yang akan mengendalikan urusan peringkat tertinggi selepas mesyuarat agung dan akan menentukan segala bentuk operasi yang akan diputuskan oleh mesyuarat agung.  Semua jawatan pada jawatankuasa induk adalah dilantik oleh ahli semasa mesyuarat agung iaitu sebelas ahli kesemuanya. Yang dipertua adalah jawatan teringgi pada jawatankuasa induk dan akan mempengerusikan jawatankuasa kerja dan lembaga pemegang amanah. Mana-mana ahli jawatankuasa induk boleh dilantik semula untuk jawatan pada jawatankuasa kerja dan lembaga pemegang amanah atas budi bicara pengerusi. Jawatankuasa induk juga adalah penasihat kepada Yang Dipertua untuk perlantikan ahli dalam lembaga pemegang amanah dan pengurus operasi yayasan.

 

 

Carta organisasi Jawatankuasa kerja

 

Text Box: Yang Dipertua

 

 

 

 

 

Text Box: Jawatan yang akan diwujudkan atas cadangan pengurus dan dipersetujui oleh jawatankuasa induk
Text Box: Pengurus 
Yang akan dilantik oleh pengerusi atas nasihat jawatankuasa induk
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Jawatankuasa kerja adalah pasukan yang akan mengendalikan kerja-kerja harian Yayasan seperti yang diputuskan oleh mesyuarat agung dan jawatankuasa induk. Pasukan kerja inilah yang akan mengendalikan semua operasi yayasan termasuklah operasi perniagaan yang akan diluluskan oleh lembaga pemegang amanah.  Sebelum perlantikan pengurus dibuat oleh Yang Dipertua maka Setiusaha Kehormat adalah bertanggung jawab ke atas operasi yayasan atas arahan YDP.

 

 

Carta organisasi Lembaga Pemegang Amanah

 

Text Box: Pengerusi

 

 

 

 

Text Box: Jawatan yang akan diwujudkan atas cadangan jawatankuasa induk dan dilantik oleh pengerusi

 

 

 

 

 


 

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menasihat yayasan yang berkaitan dengan pembabitan yayasan dalam perniagaan. Malah semua bentuk pelaburan yang akan dilaksanakan oleh yayasan mestilah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada lembaga pemegang amanah. Pengerusi Lembaga ini adalah Yang Dipertua sendiri manakala keahlian lainnya dalam lembaga ini adalah terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh mesyuarat agung iaitu Naib Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari manakala tiga ahli lagi adalah yang dilantik oleh Yang Dipertua atas nasihat jawatankuasa induk.

 

 

Objektif Penubuhan <

 

1.                Menyediakan bantuan kewangan pendidikan

2.                Menaja program berbentuk pendidikan

3.                Menyusun hasil karya ibnu khaldun sebagai bahan rujukan

 

Sasaran Masyarakat <

 

Sesuai dengan penubuhan Yasayan ini sebagai wadah alternatif dikalangan masyarakat melayu khususnya di Sandakan untuk bersama berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan yang bercirikan islam sebagai satu cara hidup. Maka dengan itu sasaran pada objektif yang digariskan adalah khusus untuk masyarakat melayu di Sandakan. Walaubagaimanapun semua pembiayaan yang dirancangkan akan dikhususkan untuk anak-anak ahli atau anak-anak dibawah jagaan ahli sahaja. Manakala program-program kemasyarakatan lainnya boleh dibuka kepada semua masyarakat melayu jka bersesuaian dan mendapat kebenaran daripada mesyuarat agung dengan kemampuan Yayasan. Ini juga penting untuk meningkatkan profesionalisma dikalangan barisan pimpinan dan menarik ahli baru untuk menyertai Yayasan.

 

Diantara pembiayaan pendidikan yang dicadangkan oleh Yayasan adalah seperti dibawah yang tetap mengutamakan kecemerlangan sebagai asas pembiayaan.

 

1.                Membiayai yuran pepriksaan PMR/SPM/STP dengan kelayakan akan ditentukan dari keputusan semasa.

 

2.                Membiayai pembelian buku-buku yang akan dipinjamkan kepada pelajar-pelajar yang layak.

 

3.                Membiayai pelajar-pelajar terbaik dikalangan anak-anak/jagaan ahli.

 

4.                Membiayai program kecemerlangan peperiksaan pelajar-pelajar UPSR/PMR/SPM/STP yang mensasarkan untuk melahirkan pelajar cemerlang dikalangan anak-anak/jagaan ahli.

 

5.                Membiayai latihan komputer di kalangan anak-anak/jagaan ahli.

 

6.                Membiayai program lawatan sambil belajar.

 

7.                Membiayai program atlit cemerlang dikalangan anak-anak/jagaan ahli.

 

8.                Bantuan tiket penerbangan dan/atau wang saku pelajar-pelajar yang telah mendapat tempat pengajian dipusat-pusat oengajian tinggi awam dan swasta.

 

9.                Membiayai apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan samada pendidikan awam atau agama dan diluluskan oleh mesyuarat agung dari masa kesemasa.

 

Disamping itu Yayasan juga akan menyediakan sumber kewangan untuk menampung keperluan pendidikan akan-anak ahli yang berupa pinjaman seperti berikut :

 

1.                Pinjaman yuran peperiksaan PMR/SPM/STP untuk semua ahli yang layak.

 

2.                Pinjaman pembelian buku-buku keperluan pembejalaran.

 

3.                Pinjaman-pinjaman yang berkaitan dan diluluskan oleh mesyuarat agung dari masa kesemasa.

 

Manakala antara program-program yang bercorak pendidikan dan kemasyarakatan yang akan dirancang untuk mencapai objektif penubuhan adalah seperti pada tajuk program tahunan.

 

Program Tahunan <

 

Program  tahunan yang akan dirancangkan mestilah mengutamakan aspek perpaduan yang akan menjana nilai-nilai murni dalam masyarakat khususnya dikalangan masyarakat melayu.  Justeru itu suatu konsep perkongsian pintar dikalangan ahli, masyarakat dan dikalangan intelek akan terus dipupuk dengan memperbanyakkan muzakarah dikalangn para intelek dan ahli untuk merealisasikan impian mengutamakan ilmu dalam semua aspek kehidupan dengan meletakkan islam sebagai ukuran dan sempadan.

 

Program Tahunan

Suku pertama

Suku Kedua

Suku ketiga

Suku keempat

 

 

 

 

 

Yuran Peperiksaan PMR/SPM/STP

 

 

 

 

Pembelian Buku Teks/Buku Kerja

 

 

 

 

Pelajar Terbaik

 

 

 

 

 

Program Kecemerlangan PMR/SMP/STP

 

 

 

 

Latihan Komputer

 

 

 

 

 

Program Lawatan Sambil Belajar

 

 

 

 

Tiket Penerbangan/Wang Saku ke IPTA/IPTS

 

 

 

 

Seminar keibubapaan / motivasi

 

 

 

 

Seminar oleh pemeriksa kertas peperiksaan

 

 

 

 

Program kebudayaan teras perpaduan

 

 

 

 

 

 

Sumber Kewangan <

 

Pada tahun pertama penubuhan yayasan ini, kesemua aktiviti yang akan dirancangkan adalah bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dikalangan ahli korporat dan individu tertentu. Sehingga kini telah tampil enam syarikat yang bersedia untuk memebrikan sumbangan diantara Ringgit Malaysia satu ribu hingga tiga ribu setahun dan beberapa individu tertentu.

 

Sumber selebihnya adalah yang akan dijana menerusi biang perniagaan yang akan diceburi oleh Yayasan dari masa ke semasa dengan berpandukan cadangan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang melibatkan pelaburan yayasan. Kepakaran yang dimiliki oleh ahli lembaga yang akan dilantik kelak yang terdiri daripada pelbagai disiplin akan membantu melicinkan kerja-kerja pelaburan yayasan. Terutamanya dalam bidang ICT dan K-ekonomi yang banyak memuka peluang kepada syarikat-syarikat bumiputera yang berdaya maju.

 

Jangkaan Perbelanjaan Tahunan <

 

 

 Tahun 1

 Tahun 3

 Tahun 5

 Tahun 10

 Tahun 15

 

 

 

 

 

 

Sasaran ahli

                     50

                   300

                1,000

                2,000

                   5,000

 

 

 

 

 

 

Pendapatan Pertubuhan

          28,850.00

          38,450.00

          58,220.00

          89,800.00

           185,400.00

 

 

 

 

 

 

Kos Operasi

            2,550.00

            3,350.00

            5,260.00

            8,400.00

             13,500.00

 

 

 

 

 

 

Pembiayaan

          14,300.00

          20,600.00

          31,760.00

          49,500.00

           120,000.00

 

 

 

 

 

 

Pinjaman

            6,500.00

            8,500.00

          14,000.00

          22,400.00

             33,400.00

 

 

 

 

 

 

Program kemasyarakatan /pendidikan

            5,500.00

            6,000.00

            7,200.00

            9,500.00

             18,500.00

 

 

 

 

 

 

Jumlah Perbelanjaan

          28,850.00

          38,450.00

          58,220.00

          89,800.00

           185,400.00

 

Sila rujuk pada lampiran 1 untuk pecahan terperinci perbelanjaan

 

Perancangan Jangka Panjang <

 

Sebagai sebuah persatuan yang kecil tetapi dijangka mendapat perhatian ramai khususnya dikalangan masyarakat melayu yang kurang mampu untuk meneruskan pendidikan anak-anak atau sebagai penasihat untuk membincangkan masalah pendidikan anak-anak atau rancangan pendidikan anak-anak maka Yayasan bercadangan untuk memastikan agar yayasan ini akan menjadi antara pilihan dikalangan masyarakat melayu kelak. Justeru itu antara rancangan jangka panjang Yayasan yang mungkin boleh dicapai dalam jangka masa lima belas tahun dari sekarang adalah :

 

1.                  Menyediakan asrama pelajar

2.                  Menaja penubuhan perpustakaan kampung

3.                  Menaja penubuhan sekolah bistari

 

 

 

Kesimpulan <

 

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengharapkan sokongan padu yang datangnya bukan sahaja dari mesyarakat melayu malah seluruh masyarakat pendidik khususnya di Sandakan untuk bersama menyusun strategi dan merancang program yang boleh menghasilkan seorang melayu yang berilmu dengan keimanan yang tinggi. Proses pemantauan bersepadu yang mampu mencadangkan program alternatif untuk terus menaiktarafkan bidang pendidikan adalah aspek penting untuk diberikan penekanan. Terutamanya yang bersesuaian dengan hasrat murni kerajaan untuk memupuk minat kepada ilmu sains dan teknologi dikalangan umat islam supaya umat islam tidak terus mundur dari segi penghasilan idea moden tanpa menggugat keteguhan aqidah yang terus menjadi pegangan hingga akhir hayat.

 

Dengan usaha ini maka yayasan akan bergerak dengan penuh keyakinan boleh membantu kerajaan untuk memberi kefahaman kepada  masyarakat melayu di ceruk kampung agar mampu mentafsirkan fenomena alam dan globalisasi dengan lebih tepat lagi disamping bersedia melengkapkan diri dengan keperluan masa kini khususnya dari segi sains dan teknologi. Malah yayasan sangat optimis untuk melihat jati diri dan semangat kebangsaan dan patriotisma yang meningkat dengan program yang akan dianjurkan kelak.

 

 

 

 

 

 

Buku-buku karya Ibnu Khaldun dan yang berkaitan dengannya <

 

 

1.                                                                                        THE MUQADDIMAH, An Introduction to History oleh Ibnu Khaldun

 

2.                                                                                        Filsafat Islam Tentang Sejarah (Pilihan dari Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun) oleh Charles Issawi, M.A

 

3.                                                                                        The Islamic Background of Ibn Khaldun’s Philosopfy, Bulletin of the school of oriental and African Studies, University of London.

 

4.                                                                                        Ibn Khaldun, Pioner Economist, M.A Nashaat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yayasan Ibnu Khaldun Sandakan Sabah

Peti Surat 1563

90717 SANDAKAN

 

20 Julai 2001

 

Kepada

Pendaftar

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Kota Kinabalu

 

u.p : Alan Christopther Simmons

 

Tuan

 

JAWAPAN QUERI

 

Surat tuan PPP/SB.900/335(66) bertarikh 21 Mei 2001 adalah dirujuk dan kami memahami akan maksudnya.

 

2.                Bersama ini disertakan permintaan tuan yang dikemukakan sebagai menjawab soalan yang pihak tuan timbulkan :

 

                    i.                                                                                                                       Kertas kerja penubuhan

                 ii.                                                                                                                       Salinan contoh buku berkaitan dengan ketokohan Ibnu Khaldun

 

3.                Berhubung dengan perkara di atas saya bagi pihak Yayasan Ibnu Khaldun memohon maaf kerana mengambil masa hampir dua bulan untuk menjawab queri dari jabatan tuan. Kelewatan ini adalah disebabkan komitmen ahli-ahli dalam jawatankuasa penaja yang memerlukan kesesuaian masa perbincangan. Ini juga sebagai menunjukkan kepertanggung jawapan kepada semua jwatankuasa penaja untuk menghasilkan kertas kerja penubuhan ini yang juga akan diguna untuk memberikan gambaran kepada semua ahli dan bakal ahli objektif dan konsep penubuhan Yaysan Ibnu Khaldun ini.

 

4.                Semoga dengan penerangan yang diberikan boleh membantu pihak tuan dalam urusan pendaftaran penubuhan Yayasan Ibnu Khaldun seperti yang dimaksudkan.

 

Kerjasama pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian dan harap maklum

 

 

Yang Benar

 

 

 

……………………

Setiausaha Penaja

 

s.k     Yang Dipertua

          Fail

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yayasan Ibnu Khaldun Sandakan Sabah

Peti Surat 1563

90717 SANDAKAN

 

05 November 2001

 

Kepada

Pendaftar

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Kota Kinabalu

u.p : Alan Christopther Simmons

 

Tuan,

 

SALINAN KAD PENGENALAN AJK PENAJA

 

Surat tuan bertarikh 20 OGOS 2001 adalah dirujuk dan kami memahami akan maksudnya dan kami memohon maaf  kerana terlewat menyerahkan salinan kad pengenalan tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

 

2.                Bersama ini disertakan salinan kad pengenalan yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun pihak kami memohon kebenaran pihak untuk membatalkan salah seorang dari AJK penaja (Mohlis A. Muin) disebabkan taraf  kerakyatannya adalah penduduk tetap dan bukannya warganegara dan berkuatkuasa sehinggalah mesyuarat agung kelak.

 

3                   Senarai lengkap AJK Penaja adalah seperti berikut :

 

Yang Dipertua    :        Tn Haji Hussain Kasau (460212-12-5137)

Timb YDP           :        En Andi Amin Selamat (H0306929)

Setiausaha           :        En Tadad Bin Tasir (H0661529)

Pen. Setiausaha   :        En Abu Lele (711006-12-5295)

Bendahari            :        En Sumiadi Laho (740328-12-5733)

 

 

AJK                     :        Abdul Aziz Kamare (661205-12-5543)

                                      Mohd Noor Bacho (610410-12-5243)

                                      Mustarin A.Muhim (630819-12-5247)

                                      Majid Pasensrungi (670713-12-5851)

                                      Edy Nasrin (651009-12-5731)

Mohlis A.Muin (Digugurkan kerana kerakyatannya adalah penduduk tetap)

 

Kerjasama pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian dan harap maklum.

 

Yang Benar

 

 

………………….

Setiausaha Penaja

s.k Yang dipertua