Make your own free website on Tripod.com
 

 

 home | latar belakang | struktur organisasi | keahlian

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Di sekitar penghujung bulan Ogos 1997, Mohd. Afendi Datuk Hj. Hamdan, Faisyal Y. H. Diego dan Mohd Lan Allani telah membuat perbincangan antara mereka berhubung cadangan Cawangan DPMM Negeri Sabah. Pada 28hb. Ogos 1997, Md. Afendi telah menghubungi Rimin Maidin dan memaklumkan bahawa beliau dilantik sebagai Setiausaha Penaja DPMM dan mengarahkannya untuk menghubungi beberapa rakan lain yang aktif dalam perniagaan untuk dicadangkan menganggotai Jawatankuasa Penaja. Pada 29hb. Ogos 1997, mesyuarat pertama telah diadakan di Restoran Sri Refflesia Kota Kinabalu, yang dihadiri oleh Md. Afendi, Rimin, Faisyal, Mohd. Lan, Junaidi dan membincangkan beberapa perkara:

Pada 2hb September 1997, satu perjumpaan telah berlansung di mana Jawatankuasa Penaja yang hadir ialah Md. Afendi Hj. Hamdan, Mohd. Lan Allani, Rimin Maidin, Faisyal Y. H Diego dan Junaidi Sahat. Manakala bagi pihak DPMM Pusat ialah terdiri daripada Dato' Dr. Adam Harun (Tim. Presiden), Mustapha Mohamed Najimuddin (Pengarah Eksekutif) dan Wan Aminuddin Wan Daud. Beberapa perkara yang telah dibincangkan seperti berikut: